Sunday, April 11, 2010

Minggu Sains dan Matematik.






















Lega rasa apabila program yang dirancang telah berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua guru sains dan matematik yang telah memberi kerjasama menjayakan minggu sains dan matematik tahun 2010. Dengan tema "sains dan matematik teras teknologi" majlis pelancaran dimulakan dengan gimik volcano. Seronok melihat keghairahan pelajar mengambil bahagian dalam setiap acara yang direncanakan. Seperti biasa pertandingan "telurku sayang", roket air dan matematik x-plorace adalah paling meriah. Antara acara yang disediakan ialah pertandingan soduku, nyanyian matematik, matematik puzzle, kuiz sains, karikatur kimia, young chemist dan chemlist. Walaupun sambutan minggu sains dan matematik tahun ini dijalankan secara sederhana namun ia tetap meriah dengan penyertaan pelajar.

3 comments:

  1. suatu inovasi dalam pembelajaran

    ReplyDelete
  2. ada pertandingan tuip belon ke?...tahniah..

    seronok kalau ada usaha macam tu...i tanya KB kat sekolah apa aktiviti minggu bidang dan panitia...semuanya simple2 je...tak nak usaha lebih dan tak faham agaknya...buat aktiviti juga adalah pembelajaran dan pelajar akan lebih banyak belajar...entahla...

    ReplyDelete
  3. bukan pertandingan tiup belon tapi kuiz berpandu. bila dicucuk dengan besi tajam belon tak pecah..pelajar terpegun dan mereka diberi masa dua hari untuk mencari jawapan. best bila pelajar menjerit..wow! dan mereka kata cikgu wat magic

    ReplyDelete